Ini adalah merupakan permasalahan kedua dan ketiga dari “Peringatan Ke Lima Belas” tetapi kepentigannya menjadikannya “Cahaya yang ke dua puluh empat”. بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ يَآ اَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ ِلاَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاۤءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنيِنَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلاَبِيبِهِنَّ Firman Allah S.W.T :“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar).” Al-Ahzab, 59 Ayat ini memerintahkan untuk berhijab tetapi kemodenan yang palsu telah menyalahi hukum Rabbani ini, di mana hijab tidak lagi dilihat sebagai suatu fitrah bagi wanita, malah ia dianggap sebagai halangan dan sekatan bagi mereka. Saya akan menerangkan empat sahaja dari hikmah-hikmah yang banyak yang menunjukkan bahawa hukum al-Quran ini sememangnya diperlukan oleh fitrah wanita itu sendiri dan melanggarnya adalah berlawanan dengan fitrah.
Source text is preserved. When a suitable model is available, translation is displayed separately.
Lem'alar
The Twenty-Fourth Gleam
Sesungguhnya hijab merupakan fitrah bagi wanita kerana fitrah wanita itu sendiri penuh dengan kelembutan dan kelemahan maka di dalam jiwa mereka wujud rasa berhajat kepada lelaki yang dapat melindungi mereka dan anak-anak mereka yang mereka utamakan lebih dari diri mereka sendiri. Mereka secara semulajadinya suka membuatkan diri mereka disayangi serta mengelakkan sesuatu yang akan membuatkan mereka dijauhi, disisihkan atau dibenci. Kemudian enam atau tujuh daripada sepuluh wanita merupakan: samaada telah lanjut usia, atau buruk rupa parasnya serta tidak mahu menzahirkan ketuaan atau keburukan rupa paras mereka, atau mereka itu berasa cemburu terhadap teman-teman mereka yang barangkali lebih cantik dari mereka, atau mereka takut seandainya kecantikan mereka mengatasi kecantikan yang lain itu lalu mendedahkan mereka kepada tohmahan-tohmahan. Maka mereka semua itu secara fitrahnya perlu kepada hijab sebagai langkah berjaga-jaga dari mendedahkan diri serta mengelakkan perbuatan yang tidak sepatutnya ke atas diri mereka. Ia juga menjauhkan mereka dari menjadi tohmahan di mata suami mereka. Bahkan dalam konteks ini kita dapati bahawa wanita-wanita tua itu lebih perlu menjaga hijab dari wanita yang lain. Boleh jadi tidak lebih dua atau tiga per sepuluh sahaja wanita yang benar-benar cantik di mana mereka langsung tidak risau mendedahkan rupa paras mereka! Ya sebagaimana dimaklumi bahawa seseorang itu tidak suka dengan pandangan-pandangan orang yang dibencinya. Malah seandainya seorang wanita yang cantik jelita itu suka dilihat oleh dua atau tiga orang yang bukan muhrimnya, namun dia pasti berasa rimas berat dan terganggu dengan pandangan tujuh atau lapan orang dari mereka malah akan mengelakkannya. Oleh kerana wanita itu lemah lembut sifatnya serta mudah terpengaruh maka sudah pasti mereka akan melarikan diri – sekiranya akhlak mereka masih terpelihara – dari pandangan-pandangan keji yang dihalakan kepadanya yang mana ia memberi kesan seakan racun – sepertimana yang telah dicuba – sehinggakan kita mendengar: ramai dari wanita Eropah yang merupakan tempat wanitanya membuka aurat dan suka berhias, mengadu kepada pihak polis tentang pandangan-pandangan yang mengekori mereka. Kata mereka:“Mereka yang hina itu menyekori kami dengan mata mereka menarik kami ke dalam penjara penglihatan mereka!” Kemodenan yang jahil yang telah menghapuskan hijab serta membuka ruang yang luas untuk berhias berlawanan dengan fitrah manusia. Sesungguhnya perintah al-Quran untuk berhijab – di samping ianya merupakan satu fitrah – memelihara wanita dari kehinaan dan kehancuran, dari kekejian dan penjara maknawi serta kerendahan. Mereka itu merupakan tempat lombong kasih sayang dan belas kasihan serta teman yang mulia kepada suami mereka selamanya. Dan wanita – selain dari apa yang telah kami sebutkan – membawa di dalam diri mereka rasa takut terhadap lelaki asing dan rasa takut ini memerlukan mereka berhijab serta tidak mendedahkan aurat mereka. Ini kerana kelazatan melanggar syariat selama sembilan minit akan menyebabkan mereka menanggung kesakitan mengandungkan janin selama sembilan bulan, dan setelah itu pula harus menjaga seorang anak tanpa bapa selama sembilan tahun! Oleh kerana perkara ini sering terjadi maka wanita secara semulajadinya sangat takut kepada bukan muhrimnya, serta menjauhkan diri dari mereka secara fitrah. Kejadian mereka yang lemah mengingatkan diri mereka untuk menjaga diri serta mendorong mereka menutup aurat agar tidak mencetuskan keinginan syahwat yang bukan muhrim, serta menghalang perlakuan yang tidak sepatutnya ke atas mereka. Fitrah mengajar mereka bahawa hijab itu adalah pertahanan mereka yang kukuh serta benteng yang aman. Aku telah mendengar bahawa: Seorang pengilat kasut biasa telah mengganggu isteri kepada seorang lelaki berpangkat besar. Wanita itu mempamerkan kejelitaannya. Pengilat kasut itu mengajaknya berbuat dosa di waktu siang secara terbuka di tengah ibukota Ankara! Bukankah perbuatan keji ini merupakan satu tamparan hebat kepada mereka yang tidak tahu erti malu dari kalangan yang memusuhi kehormatan dan hijab?
Sesungguhnya ikatan yang teguh dan cinta yang mendalam antara lelaki dan wanita bukanlah timbul dari kehendak kehidupan dunia semata-mata. Wanita bukanlah sahabat lelaki sekadar di dunia ini sahaja bahkan adalah merupakan temannya dalam kehidupan yang kekal abadi.Oleh kerana wanita itu akan menjadi sahabat suaminya dalam kehidupan yang kekal maka sepatutnya dia tidak menarik perhatian seseorang selain teman abadi serta sahabatnya yang kekal itu terhadap kecantikannya, serta tidak wajar dia mengganggunya atau menyebabkannya marah atau cemburu. Oleh kerana suaminya yang mukmin itu – disebabkan keimanannya – tidak menghadkan kasih sayang untuknya setakat kehidupan dunia ini sahaja. Dia juga tidak memberinya kasih sayang yang bersifat kehaiwanan yang terhad sewaktu kejelitaannya dan tempoh kecantikannya, bahkan dia melimpahkan untuknya kasih sayang dan penghormatan yang ikhlas dan berkekalan tidak setakat waktu muda dan cantiknya bahkan berkekalan hingga ke tua dan hilangnya kecantikan tersebut. Ini kerana isterinya itu adalah merupakan temannya dalam kehidupan yang kekal abadi. Oleh yang demikian seorang wanita itu juga haruslah mengkhususkan kecantikannya itu untuk suaminya semata-mata serta menghadkan cinta hanya untuknya sebagaimana yang dituntut oleh kemanusiaan. Jika tidak wanita itu akan kehilangan banyak perkara dan tidak mendapat apa-apa melainkan sedikit sahaja. Kemudian apa yang dituntut oleh syara’ ialah: Seorang suami mestilah sekufu dengan wanita itu. Ia bermaksud kesesuaian dan persamaan. Sekufu yang paling penting pula ialah dari sudut agamanya sebagaimana yang telah sedia dimaklumi. Alangkah bahagianya sang suami yang melihat kekuatan pegangan agama isterinya lalu cuba mencontohinya, lalu dia pun menjadi seorang yang kuat beragama agar dengan itu dia tidak kehilangan sahabat sejatinya di dunia yang kekal abadi kelak! Dan alangkah bahagianya si isteri yang melihat kekuatan pegangan agama suaminya lalu dia berasa khuatir akan kehilangan teman sejatinya dalam kehidupan yang kekal abadi kelak, maka dia pun berpegang teguh dengan keimanan dan ketaqwaan. Dan celakalah bagi lelaki yang tenggelam di dalam kebodohannya yang menyebabkannya kehilangan seorang isteri yang baik dan solehah. Alangkah sengsaranya wanita yang tidak mencontohi suaminya yang bertakwa dan wara’, lalu rugi akibat kehilangan teman abadinya yang mulia lagi berbahagia. Malah lebih celaka lagi dua suami isteri yang mencontohi satu sama lain dalam berbuat kefasikan dan kekejian, lalu mereka berlumba-lumba menolak temannnya ke neraka.
Sesungguhnya kebahagiaan keluarga dalam kehidupan dan berkekalan kerana saling percaya di antara suami isteri, serta rasa hormat yang sewajarnya dan kasih sayang yang sejati di antara mereka. Namun tabarruj dan pendedahan aurat merosakkan kepercayaan tersebut, serta memusnahkan rasa saling hormat dan sayang menyayangi tersebut. Di mana sembilan per sepuluh wanita yang suka berhias itu akan menemui lelaki-lelaki yang lebih kacak dari suami mereka dan hanya seorang dari mereka yang akan menemui lelaki yang kurang kacak dari suaminya dan dia tidak berasa cenderung terhadapnya. Begitu juga bagi lelaki, hanya satu dari dua puluh lelaki yang akan nampak seorang wanita yang kurang cantik dari isterinya, sedangkan yang lain akan melihat di hadapan mereka para wanita yang lebih cantik dan jelita dari isteri mereka. Keadaan ini akan menimbulkan rasa hina dan perasaan yang rendah lagi Sesungguhnya kebahagiaan keluarga dalam kehidupan dan berkekalan kerana saling percaya di antara suami isteri, serta rasa hormat yang sewajarnya dan kasih sayang yang sejati di antara mereka. Namun tabarruj dan pendedahan aurat merosakkan kepercayaan tersebut, serta memusnahkan rasa saling hormat dan sayang menyayangi tersebut. Di mana sembilan per sepuluh wanita yang suka berhias itu akan menemui lelaki-lelaki yang lebih kacak dari suami mereka dan hanya seorang dari mereka yang akan menemui lelaki yang kurang kacak dari suaminya dan dia tidak berasa cenderung terhadapnya. Begitu juga bagi lelaki, hanya satu dari dua puluh lelaki yang akan nampak seorang wanita yang kurang cantik dari isterinya, sedangkan yang lain akan melihat di hadapan mereka para wanita yang lebih cantik dan jelita dari isteri mereka. Keadaan ini akan menimbulkan rasa hina dan perasaan yang rendah lagi buruk di dalam jiwa di samping hilangnya rasa cinta sejati serta luputnya rasa hormat tersebut. Ini kerana: Seorang manusia tidak mungkin secara fitrahnya memiliki rasa rendah kehaiwanan terhadap mahramnya – seperti adik perempuan – ini kerana tanda ikatan mahram itu menimbulkan rasa kasih sayang yang wujud disebabkan ikatan persaudaraan. Perasaan yang mulia ini mengelakkan kecenderungan nafsu syahwat, melainkan sekiranya dipamerkan apa yang tidak sepatutnya dipamerkan seperti betis. Boleh jadi itu akan menimbulkan di dalam jiwa yang keji rasa yang rendah dan tercela kerana hilangnya rasa haram tersebut. Oleh kerana ciri-ciri para muhram tersebut mewujudkan rasa ikatan persaudaraan, mereka itu diharamkan dan juga berbeza dari yang lain. Oleh itu mendedahkan bahagian tubuh yang tidak sepatutnya adalah sama bagi mahram ataupun bukan mahram. Ini kerana tidak terdapat tanda-tanda yang membezakan apa yang sebenarnya haram dilihat. Boleh jadi di kalangan para mahram yang rendah akhlaknya akan terbit nafsu penglihatan yang bersifat kebinatangan!Dan pandangan yang seperti ini adalah satu kejatuhan yang amat mengerikan di sudut kemanusiaan serta amat ditakuti.
Seperti yang diketahui bahawa ramainya keturunan memang sesuatu yang dikehendaki oleh semua. Tidak ada di sana satu umat atau negara pun yang tidak menggalakkan keturunan yang ramai. Bersabda Rasulullah S.A.W: تَنَاكَحُوا تَكَاثَرُوا فَاِنّٖى اُبَاهٖى بِكُمُ ال۟اُمَمَ – اَو۟ كَمَا قَالَ – Maksudnya:“Berkahwin dan berketurunanlah kerana aku akan berbangga dengan kamu sebagai umatku di hari kiamat nanti”. Telah nyata bahawa membuka hijab serta membuka peluang yang luas untuk bertabarruj menjauhkan perkahwinan, bahkan turut menjadikan amalan perkahwinan sangat berkurangan. Ini kerana seorang lelaki walaupun sangat fasik dan jahat namun dia tetap mahu mencari pasangan hidup seorang wanita yang terpelihara dan suci. Dia tidak mahu seorang yang rendah nilainya dan membuka aurat sepertinya. Oleh itu dia lebih suka untuk membujang dari berkahwin, yang mana itu mungkin akan membawa kepada kemaksiatan. Adapun wanita bukanlah seperti lelaki di mana dia tidak dapat menentukan pilihan calon suaminya.Oleh kerana wanita itu tugasnya menguruskan urusan dalaman rumahtangga serta menjaga anak-anak suaminya, hartanya serta apa jua yang berkaitan dengannya, maka sifatnya yang terpenting ialah: kesetiaan dan kepercayaan. Namun sikapnya yang suka bertabarruj dan mendedahkan aurat itu merosakkan kesetiaan ini dan menggoncang kepercayaan suami terhadapnya, maka sang suami pun menelan kesakitan dan azab di dalam jiwanya. Meskipun sikap berani dan pemurah merupakan dua sikap yang terpuji bagi lelaki namun bagi wanita ia dianggap sifat mazmumah kerana ia mencacatkan kepercayaan dan kesetiaan. Ia membawa kepada berkurangnya sifat malu dan pembaziran. Oleh kerana peranan suami tidak terhad kepada menjaga harta isterinya serta terikat dengannya bahkan termasuk menjaganya, mengasihinya serta menghormatinya, maka dia tidak dituntut melakukan apa yang dituntut terhadap isteri, di mana dia tidak terikat dengan seorang isteri tetapi dia boleh berkahwin dengan wanita lain. Negara kita ini tidak boleh dibandingkan dengan Eropah. Di sanaTerdapat cara-cara yang ketat untuk menjaga – ke satu tahap – kemuliaan dan kehormatan di kalangan orang-yang bertabarruj dan mendedahkan aurat, antaranya pertandingan-pertandingan dan sebagainya. Seseorang yang melihat dengan cara yang hina terhadap pasangan seorang yang terhormat dia harus mengikat kain kapan di lehernya sendiri terlebih dahulu. Ini ditambah pula dengan tabiat orang-orang Eropah yang sejuk dan beku seperti cuaca mereka. Sedangkan di Asia di negara alam Islami khususnya, merupakan negara yang panas jika dibandingkan dengan Eropah dan kesan persekitaran kepada akhlak manusia itu ialah sesuatu yang telah sedia dimaklumi. Di bahagian-bahagian yang sejuk itu, dan di kalangan manusia yang kesejukan, bertabarruj mungkin tidak merangsang nafsu kehaiwananan serta mengganggu keinginan syahwat yang boleh membawa kepada sesuatu yang melampaui batas sepertimana ia membawa kepada sesuatu yang melampaui batas di kalangan mereka yang sensitif dan mudah terangsang di negara-negara panas. Bertabarruj dan tidak berhijab yang mencetuskan keinginan nafsu, serta melepaskan syahwat dari ikatannya sudah pasti akan membawa kepada sesuatu yang berlebih-lebihan, melampaui batas dan lemahnya keturunan serta berkurangnya kekuatan. Di mana seorang lelaki mungkin boleh mengawal nafsunya sebulan atau dua puluh hari namun dia akan mendapati dirinya harus melepaskannya setiap beberapa hari. Di mana di sana terdapat halangan-halangan fitrah – seperti haid – yang menghalangnya dari mendekati isterinya, yang mungkin berpanjangan sehingga lima belas hari, kamu akan mendapatinya terdorong kepada kejahatan sekiranya dia tidak dapat mengawal dirinya. Kemudian penduduk bandar tidak sepatutnya meniru penduduk kampung dalam kehidupan mereka bermasyarakat dan membuka hijab di kalangan mereka. Ini kerana penduduk kampung sibuk mencari kehidupan dan mereka terpaksa melakukan usaha dengan tubuh badan mereka untuk mencari rezeki. Ramai di kalangan para wanita juga turut serta dalam pekerjaan yang memenatkan. Oleh kerana itu apa yang terbuka daripada anggota tubuh mereka yang kasar tidak boleh mengganggu syahwat kehaiwanan pada orang lain. Tambahan pula di kampung-kampung tidak terdapat orang-orang hina yang menganggur seperti yang terdapat di bandar-bandar. Oleh itu kerosakannya tidak sampai satu per sepuluh dari kerosakan di bandar, jadi bandar tidak boleh dibandingkan dengan kampung. بِاس۟مِهٖ سُب۟حَانَهُ
Tatkala aku hadir buat kali ketiga ke Sekolah al-Zahra’ al-Maknawiyah di bandar Isparta; tatkala aku menyaksikan perhatian yang murni dan penuh kesungguhan daripada para wanita terhadap Risalah an-Nur (mereka merupakan saudari-saudari akhiratku yang diberkati); tatkala aku mengetahui pergantungan mereka terhadap pelajaran yang aku sampaikan tentang an-Nur; aku terdengar bahawa mereka menanti-nantisebuah pelajaran daripadaku, sepertimana pengajian berbentuk peringatan dan petunjuk yang biasa diadakan di masjid-masjid. Meskipun aku menghidap pelbagai penyakit, ditambah pula dengan rasa lemah dan letih yang bersangatan sehingga aku tidak mampu untuk bercakap dan berfikir, namun satu lintasan yang kuat terdetik di hatiku pada malam ini iaitu: Engkau telah menulis 15 tahun yang lalu risalah “Panduan Untuk Para Pemuda (Murshid al-Shabab)”, di atas permintaan mereka sendiri dan telah ramai yang mendapat faedah daripadanya, sedangkan wanita-wanita ini lebih memerlukan kepada panduan (murshid) seperti itu pada zaman ini.Melalui lintasan ini, meskipun aku berasa tidak tenteram, tidak berdaya dan lemah, namun aku catatkan dengan ringkas untuk saudari-saudariku yang diberkati dan untuk anak-anakku para pemudi yang suci beberapa masalah yang berkaitan dengan mereka. Ia terdiri dari tiga perkara:
Oleh kerana asas yang paling utama di antara asas-asas Risalah an-Nur ialah belas kasihan dan kasih sayang dan wanita merupakan peneraju belas kasihan dan serikandi kasih sayang, maka mereka lebih terikat dengan Risalah an-Nur secara fitrahnya. Alhamdulillah, hubungan fitrah ini dirasai di banyak tempat.Sesungguhnya pengorbanan yang berdasarkan kasih sayang dan belas kasihan itu sangat penting pada zaman ini kerana ia menggambarkan keikhlasan yang hakiki serta pengorbanan tanpa mengharapkan sebarang ganti atau balasan. Ya! Sesungguhnya pengorbanan hidup seorang ibu untuk menyelamatkan anaknya dari kemusnahan tanpa menanti balasan, serta pengorbanan dirinya dengan keikhlasan yang sebenar demi anak-anaknya sebagai satu fitrah semulajadi, menunjukkan wujudnya pengorbanan yang mulia lagi tinggi pada kaum wanita. Mereka dapat menyelamatkan kehidupan dunia dan akhirat mereka dengan sifat ini serta menzahirkannya pada diri mereka. Namun demikian, arus yang rosak telah menghalang kemunculan sifat yang berharga dan mulia ini, atau telah memesongkannya ke tempat yang salah lalu disalah gunakan. Kami sebutkan di sini satu daripadadari ratusan contoh yang ada:Seorang ibu yang penyayang memberi sepenuh pengorbanan demi menghalang anaknya dari musibah dan kemusnahan agar dengan itu dia akan selamat di dunia. Maka dia akan mendidik anaknya di atas pegangan ini, lalu membelanjakan seluruh hartanya agar anaknya menjadi seorang yang hebat serta cemerlang. Kamu lihat ibu tersebut memindahkan anaknya dari sekolah sains agama lalu menghantarnya ke Eropah tanpa memikirkan kehidupan abadi anaknya yang akan menjadi terancam.Ketika dia berusaha membebaskan anaknya dari penjara dunia, dia tidak menghiraukan kejatuhannya ke penjara Jahannam yang abadi. Dia telah melakukan sesuatu yang sama sekali bertentangan dengan fitrahnya. Dia sepatutnya menjadikan anaknya yang baik itu sebagai seorang yang bersyafaat untuknya di hari Kiamat, namun sebaliknya dia telah menjadikan anak itu sebagai seorang yang akan mendakwanya. Di sana nanti dia akan berkata kepada ibunya, “Kenapa ibu tidak mempertingkatkan keimanan saya dahulu sehingga menyebabkan kemusnahan saya ini?” Oleh kerana dia tidak mendapat pendidikan Islam yang secukupnya maka dia tidak menghargai kasih sayang ibunya yang luar biasa itu, dan secara tidak langsung akan mengabaikan hak-hak ibunya. Namun sekiranya ibu tersebut berusaha untuk membebaskan anaknya yang lemah itu dari penjara neraka abadi iaitu Jahannam, serta kemusnahan yang abadi iaitu mati dalam kesesatan, dengan kasih sayangnya yang sejati yang dikurniakan Allah S.W.T tanpa menyalah gunakannya, maka anaknya itu akan sentiasa mengirim cahaya kepada roh ibunya setelah kematiannya. Di lembaran buku amalan ibunya itu akan tertulis segala kebaikan yang dilakukan oleh anaknya. Dia juga akan menjadi seorang anak yang baik dan diberkati kerana dia dan ibunya akan beroleh nikmat dalam kehidupan yang berkekalan. Dia membantu ibunya di sisi Allah S.W.T dengan apa sahaja yang boleh serta tidak akan mengadu tentangnya atau mendakwanya. Ya! Sesungguhnya guru yang pertama memberi kesan kepada seorang manusia ialah ibunya.Berkaitan hal tersebut ingin aku jelaskan rasa hatiku yang cukup kuat mengenainya: Aku bersumpah dengan nama Allah bahawa sesungguhnya pelajaran yang paling teguh aku perolehi, yang seolah–olah sentiasa diperbaharui, ialah ulangan kata-kata ibuku serta pelajaran rohaninya. Ia kekal di sanubariku, seperti biji benih di dalam jasadku, dalam lipatan umurku yang menjangkau 80 tahun. Meskipun aku telah belajar dari 80 ribu orang namun aku berasa yakin bahawa semua yang ku pelajari itu terbina di atas biji-biji benih tersebut.Ertinya aku menyaksikan pengajaran ibuku – semoga Allah merahmatinya – serta didikannya untuk fitrahku dan ruhku di awal umurku sebagai benih-benih asas dari hakikat agung yang dapat aku lihat sekarang ketika umurku 80 tahun. Contohnya: Sesungguhnya sifat belas kasihan merupakan asas terpenting di antara empat asas dalam aliranku, serta sifat rahmat dan kasih sayang yang merupakan hakikat agung dalam Risalah an Nur sebenarnya sifat-sifat itu telah diperolehiku daripada pemerhatianku terhadap tindakan dan tingkah laku ibuku.Ya! Sesungguhnya belas kasihan serta kasih sayang yang wujud dalam sifat keibuan itu, yang dibawanya dengan penuh keikhlasan serta pengorbanan tetapi telah disalah gunakan pada waktu ini, yang mana si ibu tidak lagi berfikir tentang apa yang akan diperolehi oleh anaknya yang suci di akhirat yang lebih berharga dari bergudang-gudang berlian. Malahan dia memalingkan muka anaknya kepada dunia ini yang nilainya tidak menyamai pun nilai sekeping kaca yang hanya sementara. Kemudian dia berasa kasihan terhadap anaknya itu serta menyayanginya pada sisi kehidupan ini yang merupakan penyalahgunaan sifat belas kasihan tersebut. Bukti jelas yang menunjukkan kepahlawanan seseorang wanita itu dalam pengorbanannya yang agung, yang tidak mengharapkan balasan atau ganjaran, juga tanpa faedah yang diperolehi untuk dirinya, tiada pula sikap riya’ atau menunjuk-nunjuk akan pengorbanannya itu ialah kesediaannya untuk mengorbankan jiwanya untuk si anak. Buktinya dapat dilihat pada seekor ayam yang mempamerkan satu contoh kecil dari sifat belas kasihan tersebut, dan kasih sayang seorang ibu. Demi anaknya, dia sanggup menyerang seekor singa serta mengorbankan jiwa raganya untuk menjaga mereka. Sekarang ini, perkara yang wajib serta asas yang penting dalam pendidikan Islam dan amalan-amalan akhirat ialah keikhlasan.Contohnya kepahlawanan yang tinggi dalam sifat belas kasihan ini terkandung di dalamnya keikhlasan yang hakiki. Sekiranya dua perkara ini lahir dari kalangan golongan yang diberkati itu, iaitu para wanita, maka sesungguhnya ia akan menjadi sumber kebahagiaan yang besar dalam persekitaran Islam. Manakala pengorbanan para bapa pula bukanlah dilakukan tanpa mengharapkan apa-apa balasan, bahkan ia menginginkan bayaran dan balasan dalam seratus bentuk. Sekurang-kurangnya mereka menginginkan kebanggaan dan kemegahan. Namun apa yang dikesali terdapat juga para wanita yang diberkati itu masuk ke dalam sifat riya’ ini dalam jenisnya yang lain, hasil dari kelemahan dan ketidakupayaan mereka dan itu merupakan cara mereka melepaskan diri dari kejahatan serta penguasaan para suami ke atas diri mereka.
Meskipun aku sedang mengasingkan diri dari manusia dan menjauhkan diri dari kehidupan bermasyarakat pada tahun ini, namun aku tetap juga memberikan perhatian kerana permintaan saudara dan saudariku para pelajar Risalah an-Nur. Aku mendengar daripada ramai kawan yang menziarahiku, keluhan mereka tentang kehidupan berkeluarga mereka. Aku berasa amat sedih dan kecewa dalam lubuk hatiku dan berkata: “Apakah kerosakan juga telah menular dalam kehidupan berkeluarga? Sesungguhnya kehidupan berkeluarga adalah merupakan kubu pertahanan insan yang kukuh, apatah lagi bagi seorang muslim. Ia ibarat syurga dan dunia kecilnya.” Aku meneliti tentang punca yang membawa kepada kemusnahan ini. Aku mendapat tahu bahawa di sana terdapat pertubuhan-pertubuhan rahsia yang berusaha untuk menyesatkan para pemuda dan merosakkan mereka. Mereka membuka jalan-jalan untuk melakukan maksiat, menjerumuskan mereka ke dalam kejahilan dan kesesatan. Tujuan mereka adalah untuk merosakkan masyarakat Islam dan memudaratkan agama Islam. Aku juga berasakan bahawa terdapat pertubuhan-pertubuhan yang bekerja secara sembunyi serta berusaha dengan bersungguh-sungguh dan efektif untuk menjerumuskan golongan yang lalai dari kalangan wanita yang lemah lembut ke jalan yang salah dan berdosa. Aku juga mengetahui bahawa pukulan yang kuat terhadap umat Islam ini berpunca daripada pihak yang sama. Aku ingin menerangkan sejelas-jelasnya, wahai saudari-saudariku, anak-anak perempuanku dan para pemudi yang seagama!Sesungguhnya satu-satunya ubat yang paling berkesan untuk menyelamatkan kebahagian para wanita daripada kemusnahan di dunia dan akhirat dan satu-satunya cara yang dapat memelihara kesucian fitrah mereka dari kerosakan ialah dengan mendidik mereka dengan didikan Islam yang lengkap.Kamu pastinya pernah mendengar tentang keadaan yang dilalui oleh golongan wanita di Rusia!. Telah disebut dalam satu bahagian Risalah an-Nur bahawa:Sesungguhnya seorang suami yang baik tidak akan membina cinta terhadap isterinya berdasarkan kecantikan lahir yang akan hilang, yang tidak akan kekal setelah sepuluh tahun, tetapi dia sepatutnya membina cintanya berdasarkan sikap penyayang dan belas kasihan isterinya yang merupakan kecantikan yang paling baik dan paling kekal. Dia mempercayainya berdasarkan sifat kewanitaannya yang baik. Dengan itu cintanya terhadap isterinya akan berkekalan meskipun usianya kian bertambah. Ini kerana baginya seorang isteri itu bukanlah sekadar sahabat dan temannya di dunia yang sementara ini sahaja bahkan akan menjadi temannya yang dicintai dalam kehidupan yang abadi dan kekal kelak. Jadi seharusnya semakin tua, semakin bertambah rasa hormat mereka dan semakin mendalam rasa cinta mereka.Manakala, keluarga yang dididik dengan kemodenan pula diancam kerapuhan dan kemusnahan kerana hubungan mereka terbina atas dasar persahabatan yang sementara dan akan diikuti dengan perpisahan yang abadi. Disebut juga dalam satu bahagian Risalah an-Nur: Suami yang bahagia ialah suami yang dapat mencontohi isterinya yang solehah, lalu dia menjadi soleh sepertinya agar dia tidak kehilangan temannya dalam kehidupan yang abadi dan berkekalan kelak.Alangkah bahagianya si isteri apabila dia melihat kesolehan suaminya lalu dia pun berpegang teguh dengan ajaran-ajaran agama agar dia tidak kehilangan temannya yang abadi. Maka dia pun berjaya menggapai kebahagiaan akhiratnya dalam kebahagiaan dunianya!Sebaliknya, betapa malangnya seorang suami yang mengikut jejak langkah isterinya yang bergelumang dengan dosa lalu turut serta tanpa berusaha untuk menyelamatkannya!Alangkah malangnya juga seorang isteri yang melihat kemungkaran dan dosa-dosa suaminya lalu dia mencontohinya dalam bentuk yang lain!Maka celakalah bagi pasangan suami isteri yang saling membantu untuk ke neraka. Kedua-duanya saling mendokong agar pasangannya tenggelam dalam arus kemodenan. Makna ini seperti yang terkandung dalam Risalah an-Nur adalah seperti berikut:Di zaman ini tidak mungkin kehidupan berkeluarga dapat dinikmati, kebahagiaan dunia dan akhirat dapat dicapai dan sifat-sifat mulia pada wanita dapat disingkap melainkan melalui didikan dengan adab-adab Islam yang telah ditentukan oleh syariat. Perkara serta sisi yang paling penting dalam kehidupan berkeluarga kini ialah:Apabila seorang isteri melihat kemungkaran suaminya, pengkhianatannya, serta ketidaksetiaannya maka sebagai balasannya dia pun meninggalkan kewajipan-kewajipan kekeluargaannya iaitu kesetiaan dan kepercayaan lalu menghancurkannya. Maka pada saat itu pincanglah aturan keluarga tersebut lalu hilang lenyap seperti debu-debu yang berterbangan seperti mana rosaknya aturan dalam pasukan tentera.Apa yang sepatutnya dilakukan oleh sang isteri ialah berusaha menampung kekurangan suaminya serta memperbaiki kelemahannya agar dia dapat menyelamatkan sahabat abadinya. Jika tidak maka dia akan rugi dan mendapat mudarat dari semua segi sekiranya dia cuba mempamerkan dirinya dan membuat orang lain jatuh cinta kepadanya dengan cara memperlihatkan kecantikannya. Orang yang tidak setia akan mendapat balasannya di dunia lagi.Sebab secara fitrahnya, seorang wanita akan menjauhkan diri daripada bukan muhrimnya dan merasa tidak selesa terhadap pandangan 18 orang daripada 20 orang lelaki yang bukan muhrimnya. Manakala seorang lelaki pula, mungkin berasa tidak selesa memandang seorang sahaja dari 100 wanita yang bukan muhrimnya.Sebagaimana seorang isteri menderita di sudut ini, dia juga telah mendedahkan dirinya terhadap tuduhan tidak setia dan tidak boleh dipercayai. Di samping sifatnya yang lemah, dia juga tidak mampu lagi untuk menjaga hak-haknya. Rumusan Sebagaimana wanita tidak menyerupai lelaki – dari sudut belas kasihan dan kasih sayang – dalam melakukan pengorbanan dan juga keikhlasan, dan sesungguhnya kaum lelaki itu tidak akan dapat sampai ke tahap pengorbanan kaum wanita. Begitu juga kaum wanita tidak mampu menandingi kaum lelaki dari sudut kemaksiatannya dengan apa cara pun. Disebabkan fitrah dan kejadiannya yang lemah itu dia berasa takut terhadap lelaki asing serta dia berasakan perlu berlindung dengan cara berhijab. Ini kerana seorang lelaki sekiranya terpesong demi mendapatkan kelazatan sekadar lapan minit dia tidak akan rugi apa-apa melainkan sekadar beberapa sen. Sedangkan seorang wanita membayar harga kenikmatan lapan minit tersebut dengan bebanan selama lapan bulan serta menggalas tanggungjawab mendidik anak tanpa ayah tersebut selama 8 tahun. Maksudnya kemaksiatan seorang wanita tidak sampai ke tahap kemaksiatan lelaki tetapi dia dibalas berkali ganda daripada balasan yang diterima oleh lelaki.Kejadian-kejadian ini bukanlah sesuatu yang luar biasa dan ia menunjukkan bahawa; Wanita itu merupakan satu makhluk yang diberkati yang diciptakan sebagai tempat tumbuhnya akhlak-akhlak yang mulia. Hampir tidak ada dari kalangan mereka yang melakukan kejahatan dan maksiat hanya kerana keinginan untuk menikmati dunia. Ertinya wanita adalah makhluk yang baik dan diberkati yang diciptakan untuk menjalani kehidupan berkeluarga yang bahagia yang dibentuk dengan didikan Islam.Celakalah dan musnahlah pertubuhan-pertubuhan yang berusaha merosakkan para wanita yang baik ini. Aku bermohon ke hadrat Allah S.W.T agar menjaga dan memelihara saudari-saudariku dari kejahatan orang-orang yang bodoh dan rosak itu. Amin. Wahai saudari-saudariku! Secara khusus aku berpesan buat kalian semua: Bekerjalah sendiri untuk mencari nafkah sebagaimana yang dilakukan oleh wanita-wanita yang baik di kampung-kampung. Hiduplah kamu dengan sifat berjimat cermat di samping sifat qana’ah yang sememangnya tertanam dalam fitrahmu. Ia adalah lebih baik daripada menghina diri kalian disebabkan kesedihan hidup dan tunduk pada kekuasaan seorang suami yang jahat, buruk perangai dan berfikiran sekular. Namun sekiranya ditakdirkan salah seorang dari kamu mendapat jodoh yang tidak sesuai dengannya, maka hendaklah dia redha dan menerima nasibnya itu. Mudah-mudahan Allah S.W.T akan memperbaiki keadaan suaminya disebabkan oleh redhanya. Jika sebaliknya, terjadilah apa yang sering aku dengar di waktu ini, si isteri ke mahkamah untuk menuntut cerai. Ini tidaklah layak dengan keagungan Islam dan kemuliaan umatnya.
Saudari-saudariku yang mulia! Ketahuilah betul-betul! Sesungguhnya kelazatan dan keseronokan di luar batas-batas syariat itu terkandung di dalamnya pelbagai kesakitan dan kesusahan yang berkali ganda lebih susah berbanding keseronokan dan kelazatannya. Risalah an-Nur telah menegaskan hakikat ini dengan ratusan bukti yang kuat dan peristiwa yang benar-benar berlaku.Kalian boleh mendapatkan penjelasannya dalam Risalah an-Nur. Sebagai contoh: Kalimah yang keenam, ketujuh dan kelapan daripada al-Kalimat al-Saghirah (Beberapa Kalimah Ringkas) dan Mursyid al-Shabab (Panduan Untuk Para Pemuda) menjelaskan kepada kalian hakikat ini dengan terang sebagai pengganti diriku.Oleh itu hendaklah kalian berpada-pada serta berasa puas dan cukup dengan keseronokan dan kelazatan yang terdapat di dalam batasan syarak. Melayani anak-anak kamu yang tidak berdosa dan duduk bersama serta bergurau senda dengan mereka di rumah kamu merupakan keseronokan yang sebenarnya. Ia ratusan kali lebih seronok dari menonton wayang di panggung. Dan ketahuilah dengan yakin! bahawa kelazatan yang hakiki di dunia ini terdapat pada keimanan dan dalam batasan iman. Sesungguhnya dalam setiap amalan soleh terdapat keseronokan jiwa, sedangkan di dalam kesesatan dan kejahatan terdapat kesakitan dan kesengsaraan yang sangat menyakitkan di dunia ini. Hakikat ini telah dibuktikan oleh Risalah an-Nur dengan beratus-ratus dalil yang kuat. Aku sendiri secara peribadi telah melihat dengan mata kepalaku sendiri melalui pengalaman yang luas dan peristiwa yang pelbagai: bahawa di dalam keimanan ada benih syurga, manakala di dalam kesesatan dan kemaksiatan pula terdapat benih neraka. Sesungguhnya aku telah menuliskan hakikat ini berkali-kali dalam Risalah an-Nur sehinggakan penentang-penentangku yang keras, pakar-pakar yang rasmi dan mahkamah-mahkamah pun tidak mampu lagi menyangkal hakikat ini.Sekarang, hendaklah dijadikan Risalah al-Hijab sebagai pengenalan dan Murshid al-Shabab (Panduan Untuk Para Pemuda) dan al-Kalimat al-Saghirah (Beberapa Kalimah Ringkas) sebagai pengganti diriku dalam menyampaikan pelajaran buat kalian, wahai saudari-saudariku yang diberkati, yang aku anggap sebagai anak-anak perempuanku yang kecil. Aku telah mendengar keinginan kalian untuk aku menyampaikan pelajaran di masjid, tetapi penyakitku berat, tubuhku juga sangat lemah di samping sebab-sebab lain yang menghalang. Aku telah memutuskan wahai saudari-saudariku yang membaca pelajaran yang telah aku tulis ini agar turut berkongsi ganjaran dari segala usaha-usaha kerohanianku serta mendapat tempat dalam doaku sebagaimana halnya para pelajar Risalah an-Nur yang lain.Sekiranya kalian boleh mendapatkan Risalah an-Nur, kemudian kalian membacanya atau mendengarnya, sebagai pengganti diriku, maka dengan itu kalian juga turut serta bersama-sama dengan saudara-saudara kalian para pelajar Risalah an-Nur dalam setiap usaha kerohanian dan doa mereka berdasarkan cara dan kaedah yang telah kami tetapkan. Aku berhasrat untuk menulis lebih banyak lagi untuk kalian namun cukuplah sekadar ini kerana penyakitku berat, tubuhku sangat lemah, usiaku yang lanjut serta banyak lagi kewajipan lain yang masih menantiku seperti memeriksa risalah-risalah. Yang kekal hanyalah Allah. Saudaramu yang memerlukan doa darimu. Said Nursî

