Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Source text is preserved. When a suitable model is available, translation is displayed separately.
Sikke-i Tasdik-i Gaybî
TITIK KEDUA
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. * Aku tidak meminta rezeki kepada mereka, dan tidak pula Aku mewajibkan mereka memberi makan kepadaku. * Kerana Allah adalah Dia yang memberi [segala] rezeki—Tuhan Yang Maha Kuasa—Teguh [untuk selama-lamanya]. (51:56-8)
Untuk sekian lama ayat-ayat ini mencemaskan fikiran saya, kerana menurut banyak ulasan al-Quran maknanya yang jelas tidak mencerminkan keajaiban Al-Quran yang tinggi. Sekarang saya akan menerangkan secara ringkas tiga aspek maknanya yang sangat indah dan agung, yang bermula dari kecemerlangan Al-Quran.

