Mektubat

The Twenty-Eighth Letter

Source: risaleinur multilingual dataset, risale.site source · Risale-Nur multilingual research corpus
Risale reading plan
§1

Bana karşı bu yedi senedeki muameleler, sırf keyfî ve fevka’l-kanundur. Çünkü menfîlerin ve esirlerin ve zindandakilerin kanunları meydandadır. Onlar kanunen akrabasıyla görüşürler, ihtilattan men’olunmazlar. Her millet ve devlette ibadet ve taat, tecavüzden masûndur. Benim emsallerim, şehirlerde akrabalarıyla ve ahbaplarıyla beraber kaldılar. Ne ihtilattan, ne muhabereden ve ne de gezmekten men’olunmadılar. Ben men’olundum. Ve hattâ camiime ve ibadetime tecavüz edildi. Şafiîlerce, tesbihat içinde kelime-i tevhidin tekrarı sünnet iken, bana terk ettirilmeye çalışıldı. Hattâ Burdur’da eski muhacirlerden Şebab isminde ümmi bir zat, kayınvâlidesiyle beraber tebdil-i hava için buraya gelmiş. Hemşehrilik itibarıyla benim yanıma geldi. Üç müsellah jandarma ile camiden istenildi. O memur, hilaf-ı kanun yaptığı hatayı setretmeye çalışıp: “Affedersiniz gücenmeyiniz, vazifedir.” demiş. Sonra “Haydi git!” diyerek ruhsat vermiş. Bu vakıaya sair şeyler ve muameleler kıyas edilse anlaşılır ki: Bana karşı sırf keyfî muameledir ki yılanları, köpekleri bana musallat ediyorlar. Ben de tenezzül etmiyorum ki onlarla uğraşayım. O muzırların şerlerini def’etmek için Cenab-ı Hakk’a havale ediyorum. Zaten sebeb-i tehcir olan hâdiseyi çıkaranlar, şimdi memleketlerindedirler. Ve kuvvetli rüesalar, aşâirlerin başındadırlar. Herkes terhis edildi. Başlarını yesin dünyalarıyla alâkam olmadığı halde, beni ve iki zat-ı âheri müstesna bıraktılar. Buna da peki dedim. Fakat o zatlardan birisi, bir yere müftü nasbolunmuş; memleketinden başka her tarafı geziyor ve Ankara’ya da gidiyor. Diğeri İstanbul’da kırk binler hemşehrileri içinde ve herkesle görüşebilir bir vaziyette bırakılmış. Halbuki bu iki zat; benim gibi kimsesiz, yalnız değiller. Mâşâallah büyük nüfuzları var. Hem… Hem… Halbuki beni bir köye sokmuşlar, en vicdansız insanlarla beni sıkıştırmışlar. Yirmi dakikalık bir köye altı senede iki defa gidebildiğim gibi o köye gitmek ve birkaç gün tebdil-i hava için ruhsat verilmediği bir derecede, beni muzaaf bir istibdat altında eziyorlar. Halbuki bir hükûmet ne şekilde olursa olsun, kanunu bir olur. Köyler ve şahıslara göre ayrı ayrı kanun olmaz. Demek hakkımdaki kanun, kanunsuzluktur. Buradaki memurlar; nüfuz-u hükûmeti, ağraz-ı şahsiyede istimal ediyorlar. Fakat Cenab-ı Erhamü’r-Râhimîn’e yüz binler şükrediyorum ve tahdis-i nimet suretinde derim ki: Bütün onların bu tazyikat ve istibdatları; envar-ı Kur’aniyeyi ışıklandıran gayret ve himmet ateşine, odun parçaları hükmüne geçiyor; iş’al ediyor, parlatıyor. Ve o tazyikleri gören ve gayretin hararetiyle inbisat eden o envar-ı Kur’aniye; Barla yerine bu vilayeti, belki ekser memleketi bir medrese hükmüne getirdi. Onlar, beni bir köyde mahpus zannediyor. Zındıkların rağmına olarak, bilakis Barla kürsî-i ders olup Isparta gibi çok yerler medrese hükmüne geçti. اَل۟حَم۟دُ لِلّٰهِ هٰذَا مِن۟ فَض۟لِ رَبّٖى RISALAH SYUKUR بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ “…dan tiada sesuatu pun melainkan ia bertasbih dengan memuji-Nya…” (al-Isra’, 44) اَفَلاَ يَشْكُرُونَ.. اَفَلاَ يَشْكُرُونَ.. وَسَنَجْزِى الشَّاكِرِينَ لَئِنْ شَكَرْتُمْ َلاَزِيدَنَّكُمْ - بَلِ اللّٰهَ فَاعْبُدْ وَكُنْ مِنَ الشَّاكِرِينَ 2 “...maka patutkah mereka tidak bersyukur?” (Yasin: 35, 73) “...dan Kami pula akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran, 145)“...Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu...” (Ibrahim, 7)“...maka hendaklah engkau menyembah Allah s.w.t. semata-mata, dan hendaklah engkau menjadi antara orang-orang yang bersyukur.” (al-Zumar, 66)Al-Qur`an al-Mu`jiz al-Bayan menunjukkan melalui pengulangan ayat-ayat seperti di atas bahawa amalan paling besar yang dituntut oleh Allah s.w.t. daripada para hamba-Nya ialah bersyukur. Dalam al-Qur`an al-Furqanul-Hakim, Allah s.w.t. memberi perhatian yang besar dalam menyeru mereka untuk bersyukur dan menggambarkan bahawa tindakan tidak bersyukur itu adalah satu pendustaan dan keingkaran terhadap segala nikmat-Nya. Firman Allah s.w.t.:فَبِاَىِّ آلاَءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ “Maka yang mana satu antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?”Allah s.w.t. menegaskan ayat ini sebanyak tiga puluh satu kali dalam surah al-Rahman dengan penegasan yang dahsyat dan menakutkan. Allah s.w.t. juga menggambarkan bahawa tindakan tidak bersyukur itu adalah satu pendustaan dan keingkaran. Sesungguhnya, seperti mana Al-Quran yang maha bijaksana telah menunjukkan syukur adalah hasil penciptaan; begitu juga alam semesta, yang merupakan al-Quran yang agung, menunjukkan hasil yang paling utama dari ciptaan alam adalah syukur. Sekiranya alam semesta diperhatikan dengan teliti, jika dilihat dari cara ia diatur, ia menunjukkan bahawa semuanya menghasilkan kesyukuran; semuanya kelihatan menuju kearah kesyukuran pada satu tahap dan berpaling ke arahnya. Seolah-olah syukur adalah buah yang paling penting dari pokok penciptaan dan kesyukuran adalah hasil yang paling tinggi dari kilang alam semesta. Kita melihat dalam penciptaan alam bahawa makhluk-makhluk disusun seolah-olah dalam lingkaran dengan kehidupan sebagai titik pusatnya. Semua makhluk melihat kepada kehidupan, dan berkhidmat kepada kehidupan serta menghasilkan keperluan kehidupan. Maksudnya, Zat yang mencipta alam semesta ini memilih kehidupan dan menjadikannya yang utama. Kemudian kita melihat bahawa Dia menciptakan alam haiwan dalam bentuk lingkaran dan menempatkan manusia di pusatnya. Ringkasnya, Dia memusatkan tujuan penciptaan makhluk hidup pada manusia, mengumpulkan semua makhluk hidup di sekelilingnya dan menundukkan mereka kepadanya. Dia menjadikan mereka berkhidmat kepadanya dan dijadikannya berkuasa atas mereka. Maksudnya, Pencipta yang mulia memilih manusia daripada makhluk hidup dan menjadikannya sebagai objek iradat-Nya dan sasaran keinginan-Nya. Kemudian kita melihat bahawa alam manusia dan alam haiwan juga terbentuk seperti lingkaran. Rezeki pula diletakkan di pusatnya. Dia telah menjadikan manusia dan binatang-binatang merindui akan rezeki, berkhidmat untuknya dan menundukkan mereka kepadanya. Oleh itu, yang memerintah mereka adalah rezeki. Dan Dia telah menyediakan rezeki sebagai khazanah yang luas, kaya dan meguasai semua kurniaan-Nya yang tidak terhingga. Malah, dengan anggota lidah yang adanya deria rasa, Dia telah meletakkan padanya skala sensitif sejumlah makanan yang sedia ada supaya manusia dapat mengenali rasa pelbagai jenis rezeki. Maksudnya, hakikat paling aneh, paling kaya, paling indah, paling menyenangkan, paling menyeluruh dan paling menakjubkan di alam semesta terletak pada rezeki. Sekarang kita dapat melihat bahawa sepertimana semuanya telah dikumpulkan di sekitar rezeki dan menunjukkan ke arahnya, begitu juga rezeki dalam semua jenisnya wujud melalui syukur sama ada melalui materi mahu pun secara maknawi, melalui keadaan mahupun lisan; ia wujud melalui syukur dan wujud dengannya, ia juga menghasilkan syukur dan ia turut menunjukkan syukur. Hal ini kerana selera dan keinginan untuk rezeki adalah syukur secara fitrah. Kelazatan dan kenikmatan juga adalah syukur yang tidak disedari, yang dizahirkan oleh semua jenis haiwan. Hanya manusia sahaja yang mengubah sifat syukur yang fitrah itu melalui kesesatan dan kekufuran; dia menyimpang daripada kesyukuran menuju syirik. Berikutnya lagi, bentuk-bentuk yang dihiasi indah, bau-bauan wangi, selera yang sangat lazat dalam kurnian rezeki menuntut kepada kesyukuran; mereka membangkitkan perasaan yang mendalam pada makhluk hidup, dan melalui perasaan itu menuntut penghargaan, penghormatan, dan melahirkan syukur maknawi. Mereka menarik perhatian makhluk hidup yang membangkitkan rasa kagum. Mereka menggalakkan penghormatan ke atas rezeki; melalui keadaan ini, makhluk hidup menyatakan rasa syukur secara lisan dan perbuatan serta berterima kasih; menyebabkan mereka dijemput untuk merasai kenikmatan tertinggi, kemanisan dan kelazatan serta keseronokkan dalam kesyukuran. Oleh itu, mereka memperlihatkan bahawa keseronokan sekejap dan sementara melalui ucapan syukur, makanan dan kenikmatan ini mendapat reda Yang Maha Pemurah, yang memberikan kenikmatan hakiki yang kekal abadi. Mereka menyebabkan makhluk yang berperasaan untuk bertafakur tentang pelbagai nikmat yang tidak terhingga dari Pemilik Yang Maha Mulia dari perbendaharaan rahmat-Nya, seolah-olah merasakan kenikmatan Syurga yang kekal abadi selagi masih di dunia ini. Maksudnya, melalui syukur, rezeki menjadi perbendaharaan yang bernilai, kaya raya dan komprehensif, manakala melalui rasa tidak bersyukur kesemua nikmat itu menjadi tidak bernilai. Seperti yang dijelaskan dalam Kalimah Keenam, apabila deria rasa lidah digunakan demi Allah Yang Maha Esa, iaitu apabila ia melaksanakan tugasnya dengan bersyukur, ia menjadi seperti seorang nazir yang bersyukur dari dapur yang tidak terhingga banyaknya rahmat Ilahi dan sebagai nazir yang sangat dihormati dan yang penuh dengan kepujian. Sekiranya ia berpaling daripadanya demi nafsu, iaitu tanpa berfikir untuk bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah memberikan rezeki itu, deria rasa itu akan diturunkan martabat dari menjadi hazir yang sangat dihormati kepada pengawal kilang perut dan penjaga kandang perut. Seperti halnya dengan hamba-hamba-Nya yang tidak bersyukur, rezeki turun ke tahap demikian, begitu juga keadaan rezeki dan hamba-hamba lain turut jatuh; mereka jatuh dari pangkat tertinggi ke kedudukan serendah-rendahnya; mereka tenggelam kepada keadaan yang menentang Pencipta alam semesta yang bijaksana. Sekiranya ia berpaling daripadanya demi nafsu, iaitu tanpa berfikir untuk bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah memberikan rezeki itu, deria rasa itu akan diturunkan martabat dari menjadi hazir yang sangat dihormati kepada pengawal kilang perut dan penjaga kandang perut. Seperti halnya dengan hamba-hamba-Nya yang tidak bersyukur, rezeki turun ke tahap demikian, begitu juga keadaan rezeki dan hamba-hamba lain turut jatuh; mereka jatuh dari pangkat tertinggi ke kedudukan serendah-rendahnya; mereka tenggelam kepada keadaan yang menentang Pencipta alam semesta yang bijaksana. Ukuran syukur adalah qanaah, iktisad, reda dan berterima kasih. Manakala timbangan tidak bersyukur adalah tamak, israf (membazir) dan tidak menghormati; dengan memakan apa sahaja yang dijumpai sama ada halal atau haram. Sesungguhnya tamak sepertimana ianya adalah bertentangan dengan kesyukuran, ia juga menyebabkan kerugian dan kehinaan. Hatta, seolah-olahnya kerana tamak, semut yang diberkati dengan kehidupan sosialnya yang baik, itu turut dipijak dengan kaki. Walaupun beberapa gandum cukup untuknya bagi satu tahun, ia tidak puas dengannya dan mengumpulkan ribuan jika boleh. Manakala lebah yang diberkati itu terbang di atas kepala kerana qanaahnya dengan arahan Tuhan untuk memberikan madu yang tulin kepada manusia dan menjemput mereka memakannya. Sesungguhnya dengan nama Tuhan Yang Maha Kudus, yang merupakan manifestasi terhadap nama Allah yang paling teragung, iaitu Allah s.w.t. Manakala nama Allah yang teragung pula, ar-Rahman juga menunjuk ke arah rezeki. Oleh itu, melalui kesyukuran terhadap rezeki, ia dapat menyampaikan kita kepada manifestasi nama ar-Rahman. Hal ini kerana makna yang paling zahir daripada ar-Rahman adalah nama Tuhan ar-Razak.Selain itu, wujud pelbagai jenis syukur dan yang paling komprehensif dan indeks am terhadap semua jenis kesyukuran adalah solat.Tambahan pula, syukur merangkumi keimanan yang tulin dan mengandungi ketauhidan yang paling suci. Sebagai contoh, bagi seseorang yang memakan epal dan berkata, “Alhamdulillah (Segala pujian bagi Allah!)” mengisytiharkan melalui ucapan syukurnya: “Epal ini adalah cenderamata yang diberikan secara langsung oleh Kudrat Ilahi dan juga hadiah langsung dari khazanah Rahmat-Nya.” Dengan mengucapkan kalimah ini dengan keyakinan dia mensabitkan segalanya, khusus dan universal kepada Kudrat Ilahi yang berkuasa dan mengetahui manifestasi Rahmat Ilahi dalam segalanya. Dia mengumumkannya melalui ucapan syukur, keimanan yang hakiki dan pengakuan sebenar tentang ketauhidan yang tulin. Kami akan menjelaskan di sini satu aspek sahaja daripada banyak aspek kerugian yang besar yang di alami oleh manusia yang lalai ekoran kekufurannya terhadap nikmat Ilahi. Ini adalah seperti berikut: Sekiranya seseorang memakan kurniaan rezeki yang enak dan bersyukur ke atasnya maka nikmat itu dengan kesyukuran tersebut menjadi cahaya yang bersinar dan menjadi buah syurga ukhrawi. Melalui kelazatan itu, dia melihatnya dan memikirkannya sebagai ciptaan Allah Yang Berkuasa dan rahmat Tuhan Yang Maha Esa yang akan menghasilkan kegembiraan dan kenikmatan yang abadi. Orang yang bersyukur ini menghantar isi dan inti pati makna-makna yang mulia ini secara maknawi ke alam atas yang mulia lagi tinggi, manakala hampas seperti bahan sekam, iaitu perkara yang telah menyelesaikan tugasnya dan sekarang tidak di perlukan menjadi halus dan akan berubah menjadi bahan asal, dengan kata lain ia akan ditransformasikan kepada unsur-unsurnya yang asal. Jika dia gagal bersyukur, kenikmatan sementara tadi akan hilang dan meninggalkan kepedihan dan kesedihan dan menjadi sia-sia. Nikmat yang berharga seumpama berlian itu akan bertukar menjadi arang batu. Melalui syukur, rezeki akan menghasilkan kenikmatan yang tidak berpenghujung dan menghasilkan buah-buahan yang kekal abadi. Nikmat tanpa kesyukuran akan menjatuhkan nilainya dari darjat yang paling indah kepada darjat yang hodoh. Sebabnya, menurut orang yang lalai, setelah menghasilkan kelazatan yang sekejap, rezeki akan menjadi bahan sisa. Sesungguhnya rezeki adalah seumpama wajah yang bercahaya yang layak dicintai dan dirindui dan bentuknya dapat dilihat melalui syukur. Walau bagaimanapun, keghairahan mereka yang sesat dan lalai untuk rezeki adalah bersifat kehaiwanan. Anda boleh membuat perbandingan lebih jauh dengan cara ini dan melihat bagaimana kerugian yang tidak terhingga akan dirasai oleh mereka yang sesat dan lalai. Di antara spesies bernyawa, manusia adalah makhluk yang paling banyak memerlukan pelbagai jenis rezeki. Tuhan Yang Maha Kuasa mencipta manusia sebagai cermin yang komprehensif kepada semua nama-nama-Nya; sebagai keajaiban kuasa-Nya dengan keupayaan untuk menimbang dan mengenali kandungan semua perbendaharaan rahmat-Nya; dan sebagai khalifah-Nya di muka bumi yang memiliki fakulti untuk mengukur dan menilai semua aksi manifestasi Asma al-Husna. Oleh sebab itu, dia menjadikan dalam diri manusia keperluan yang tidak terhingga terhadap pelbagai rezeki, sama ada materi dan maknawi. Berdasarkan fitrah manusia yang luas, syukur adalah wasilah terbaik yang dapat menaikkan kedudukan manusia kepada “Ahsan Takwim (bentuk yang terbaik)”. Sekiranya dia tidak bersyukur, dia akan jatuh ke kedudukan “orang yang paling rendah” dan melakukan kezaliman yang besar. Ringkasnya: Syukur adalah perkara yang paling utama dan paling tinggi daripada empat prinsip yang asas dalam kaedah ibadah dan untuk mengundang kasih sayang Ilahi. Keempat-empat prinsip ini telah ditakrifkan seperti berikut:“Empat perkara diperlukan dalam keadaan kita yang lemah, iaitu: “Kelemahan mutlak, kefakiran mutlak, kerinduan mutlak dan kesyukuran mutlak, wahai saudaraku” Wahai Tuhan, melalui rahmat-Mu, tetapkanlah kami di antara orang-orang yang bersyukur, wahai Yang Maha Pemurah di antara yang Pemurah! اَللّٰهُمَّ اج۟عَل۟نَا مِنَ الشَّاكِرٖينَ بِرَح۟مَتِكَ يَا اَر۟حَمَ الرَّاحِمٖينَ سُب۟حَانَكَ لَا عِل۟مَ لَنَٓا اِلَّا مَا عَلَّم۟تَنَٓا اِنَّكَ اَن۟تَ ال۟عَلٖيمُ ال۟حَكٖيمُ Ya Allah! Jadikanlah kami golongan hamba-Mu yang bersyukur dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah! “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain daripada apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” Ya Allah! Kurniakanlah selawat dan salam-Mu ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w., penghulu para hamba-Mu yang bersyukur dan memuji-Mu, juga ke atas seluruh keluarga serta sahabat baginda. Akhir doa mereka adalah ‘segala pujian adalah bagi Tuhan sarwa sekalian alam’.

Private reading note

This note stays on this device and is never uploaded to a server.

Up to 1,200 characters