Mektubat

The Seventh Letter

Source: risaleinur multilingual dataset, risale.site source · Risale-Nur multilingual research corpus
Risale reading plan
§1

بِاسْمِهِ سُبْحَانَهُ Dengan namaNya yang Maha Suci Firman Allah S.W.T: واِْنِ مْن َشْىٍء اَِّلَّايَُسبُِّح بَِحْمِدٖه Maksudnya: “Dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya”. الَّسَلَاُم َعلَْيُكْم َو َرْحَمةُ ّٰاللّٰهِ َوبََرَكاتُهُاَبًَدا َدائًِما Salam yang berkekalan untuk kamu semua Saudara-saudariku yang mulia! Salam yang berkekalan untuk kamu semua Saudara-saudariku yang mulia! Kamu telah meminta Al-Hafiz Taufik As-Syaami untuk membicarakan tentang dua permasalahan iaitu: Pertama: Golongan yang sesat sekarang ini mendapati pada perkahwinan Rasulullah S.A.W dan Zainab r.a. kritikan dan tentangan, sepertimana yang dilakukan oleh para munafiqin yang terdahulu. Di mana mereka ini menganggap per- kahwinan tersebut adalah disebabkan syahwat dan hawa nafsu! Jawapannya: Kami berlindung dengan Allah S.W.T, sekali-kali tidak! Seribu kali tidak! Tangan-tangan syubhah ini lebih rendah dari dapat menyentuh secebis dari makam yang tinggi dan mulia tersebut.Ya! Barangsiapa yang memiliki sebesar zarah rasa keinsafan mengetahui bahawa Nabi Muhammad S.A.W dari umurnya lima belas tahun sehingga umurnya empat puluh tahun – satu tempoh di mana darah muda yang hangat sedang bergelora serta keinginan nafsu yang menyala – tetap teguh menjaga dan memelihara diri dari dosa. Ia diakui oleh kawan dan lawan. Baginda berpada dengan seorang isteri yang boleh dikatakan berusia iaitu Khadijah al-Kubra R.A. Oleh yang demikian, banyaknya perkahwinan Baginda yang mulia setelah usianya menjangkau lebih empat puluh tahun – satu tempoh di mana darah panas itu telah reda dan keinginan-keinginan itu telah mula dingin – bukanlah sesuatu yang menurut nafsu atau secara semulajadi tetapi ia disebabkab hikmah-hikmah tertentu yang penting, salah satunya ialah: Sebagaimana kata-kata Rasulullah S.A.W, perbuatannya, keadaannya, pergerakannya dan diamnya adalah merupakan juga sumber agama dan punca hukum dan syariat. Para sahabat yang mulia R.A. telah meriwayatkan hukum-hukum ini serta membawa tugas menyampaikan apa yang dilihat oleh mereka dalam kehidupan baginda S.A.W. Adapun rahsia-rahsia agama dan hukum-hukum syariat yang timbul dari keadaan Baginda yang tersembunyi dari penglihatan mereka, apa yang berlegar sekitar kehidupan peribadinya yang khusus, maka ia diriwayatkan oleh para isteri Baginda yang suci. Sesungguhnya mereka telah menjalankan tugas ini dengan sebaik-baiknya. Malah hampir separuh dari hukum-hakam agama ini dan rahsia-rahsianya diperolehi daripada mereka.Ertinya tugas yang mulia ini memerlukan isteri yang ramai dengan kecenderungan yang berbeza. Adapun perkahwinan baginda S.A.W dengan Zainab R.A., maka telah dinyatakan dalam cahaya ketiga dari obor pertama dari perkataan yang ke dua puluh lima, berkaitan ayat yang mulia: مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَٰكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ Maksudnya: “Bukanlah Nabi Muhammad S.A.W itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari kamu, tetapi dia adalah Rasul-allah dan penyudahan segala nabi-nabi”. Al-Ahzaab:40 Sesungguhnya satu ayat memberikan makna yang pelbagai, dengan cara yang pelbagai, berdasarkan fahaman pelbagai peringkat manusia. Contoh tentang pemahaman ayat tersebut pada satu golongan manusia:Sesungguhnya Zaid R.A pada awalnya adalah merupakan hamba Rasulullah S.A.W. Dia bertuah kerana Rasulullah S.A.W memanggilnya dengan: Wahai anakku! Dia mendapati dirinya tidak sekufu dengan isterinya yang mulia jiwanya maka dia pun menceraikannya. Sepertimana yang dinyatakan dalam riwayat-riwayat yang sahih, serta berdasarkan perakuannya sendiri. Di mana Zainab R.A merupakan seorang yang diciptakan dengan ketinggian dan kemuliaan akhlak, maka Zaid r.a. berasakan bahawa dia memiliki kemuliaan secara semulajadi yang layak untuk menjadi isteri seorang Nabi. Dia mendapati dirinya secara fitrah tidak sekufu dengan Zainab yang menghalang kesebatian jiwa dan keserasian ruh di antara mereka, maka dia pun menceraikannya, lalu Rasulullah pun memperisterikannya dengan perintah Ilahi.Ayat yang mulia (Al-Ahzaab:37) menunjukkan bahawa perkahwinan itu diakad di langit, dan ia merupakan satu akad yang luarbiasa, melampaui kebiasaan dan urusan-urusan zahir. Ia adalah hukum yang berdasarkan kehendak Ilahi secara total, sehinggakan Rasulullah S.A.W mesti mengikut hukum tersebut dan bukanlah perkahwinan itu disebabkan oleh keinginan dirinya sendiri. Hukum qadar ini mengandungi hukum syar’ie yang penting serta hikmah yang umum dan maslahah yang sempurna.Dengan isyarat yang terkandung di dalam ayat yang mulia: لِكَيْ لَا يَكُونَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ حَرَجٌ فِي أَزْوَاجِ أَدْعِيَائِهِمْ “... supaya tidak ada keberatan atas orang-orang Yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka”. Al- Ahzaab:37 Sesungguhnya kata-kata orang tua kepada yang muda: Wahai anakku! Tidaklah haram, kerana ia tidak mengubah apa-apa hukum sepertimana seseorang yang menziharkan isterinya (di mana dia berkata kamu seperti ibuku). Dan demikianlah para Nabi dan orang-orang tua itu ketika berbicara dengan umatnya atau orang yang di bawah jagaannya. Dia melihat kepada mereka itu dengan pandangan seorang ayah. Ia menunjukkan peri pentingnya risalah yang dibawa dan bukanlah berdasarkan diri manusia itu sendiri sehingga diharamkam berkahwin dengan mereka. Lapisan manusia yang kedua pula memahaminya begini:Seorang tuan yang agung dan pemerintah yang mentadbir memandang kepada rakyatnya dengan pandangan kebapaan. Ia mengasihinya sebagaimana kasih seorang bapa. Sekiranya pemerintah itu seorang raja di sudut rohaninya, zahir dan batin, maka di waktu itu rahmatnya akan bertambah melebihi kasih-sayang seorang bapa berlipat kali ganda. Dan setiap mereka itu pula memandang kepadanya sebagai seorang bapa, seolah-olah mereka itu anaknya yang sebenar. Oleh kerana pandangan kebapaan itu sukar untuk bertukar kepada pandangan sebagai seorang suami, dan pandangan seorang anak perempuan juga sukar untuk bertukar kepada pandangan sebagai seorang isteri, oleh itu ramai yang berasa sempit dada dengan perkahwinan Rasulullah S.A.W dengan anak orang-orang yang beriman. Al-Quran telah membetulkan pandangan mereka dengan menyatakan: Sesungguhnya Nabi S.A.W mengasihi kamu serta melayan kamu ibarat layanan seorang bapa, dan memandang kamu dengan pandangan rahmat Ilahi. Kamu semua ibarat anak-anak berdasarkan risalah yang dibawanya. Namun baginda bukanlah bapa kamu yang sebenar sebagai seorang manusia, sehingga timbulnya kesulitan dalam urusan tersebut, iaitu urusan perkahwinan. Malah meskipun baginda memanggil kalian dengan panggilan wahai anak-anakku, kalian bukanlah anaknya menurut hukum-hukum syara’, dan kamu pula tidak akan menjadi anaknya yang sebenar. Hanya Allah S.W.T yang Maha Kekal. Said Nursî

Private reading note

This note stays on this device and is never uploaded to a server.

Up to 1,200 characters